Share2...artikel yg btl2 b'guna. ;)
-------------------------------------------------------------------------------------------
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seorang gadis yang baru
menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya
mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar
khususnya buat kaum hawa..
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu
tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan
yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya
sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada
suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran
kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak
pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar
dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai
tudung, tak pernah buat macam tu!"
Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu
menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya "Ya Allah, kenalkan
annisa dengan hukumMu".
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang
mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama
sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus
mengenai isteri
Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan
tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke
orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"
Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu
Khoiri.
Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak
berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat
lesi...... entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik
pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu... saya sendiri jadi bingung.. bingung campur
syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.. ya, saya katakan
ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman
wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu
arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli
majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.. tak ketinggalan
tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya.. dan yang lebih menakjubkan lagi, bila
kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.. Segala puji bagi Engkau wahai
Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu
perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar
bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di
Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi
kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah.. di
depan pintu sudah ramai orang.. hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari
masuk ke dalam rumah.. saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya........ dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan
kalimat Syahadah di akhir hidupnya".. air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai
upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas
mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan
waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi
sehelai... hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang
selalu timbul di hati ini.. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu
Khoiri.. di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini:
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa : aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah
mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik
Isteri jiranku : Subhanallah.. sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah
SWT berkehendak.. siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa : Mak Cik.. selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung.. tapi saya
selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung
asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung
tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai.. sampaikan saya tak pernah rasa
nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini
perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh
kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung
jawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk
wanita ..
Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri
yang harus kita fahami
Annisa : apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari
memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari
mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah
dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara
yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi
hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan
kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari
melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang
mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari
sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu
pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung
Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya
mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang
datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri
rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan
'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan.. ketika
ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran
dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang
panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala
kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak
mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu
sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan
yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada
yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang
banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada
yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti
haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu
Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga
ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara
hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.. Duhai Annisa, bila
kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan
menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat,
Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat
banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah. Saya selak
halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil di bawah tulisan itu "buta, tuli dan
bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah
mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah
berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"
Tak tahan airmata ini pun jatuh ... semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin
Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.
Wassalam...
good info
ReplyDeletetq kak. do follow me~
ReplyDelete