Friday, December 23, 2011

~MasakanKu Part 2~Coklat Mousse

Assalamualaikum...


Ari rabu lepas Nurr try buat Coklat Mousse memandangkn coklat n whipping cream ada lg dlm fridge.
1st time buat...semua gara2 dpt inspirasi stlh tgk kuliah Masterchef ;)
Chef Jo buat vanilla coklat mousse, teringin nak buat jgk...nmpk sedapp.
hehe Nur pn nk jadi chef jgk...tp kat umah la, utk fmly. InsyaAllah...
Mousse ni kena letak dlm fridge semalamn...jd smlm br Nur dpt merasa tupun buka puasa dgn coklat mousse...
Alhamdulilah :) :) :)

Juadah b'buka Nur smlm - desert mkn dulu...

dr atas 

Buat utk cou2 Nur yg mai umah smlm ;)
Diaorg kata sedappp....;) suke





1) Coklat masakan - 200gm
2) Whipping cream (dibahagi dua cawan - 50 ml dan 150 ml)
3) Kuning telur - 2 biji dlm suhu bilik
4) Esen vanilla - 1 camca kecil
5) Susu pekat manis - 1 camca besar 


Cara m'buat :


1) Hiris coklat mskn yg ketul ke hirisan kecil
2) Panaskan whipping cream 50ml 
3) Slps agak panas, jgn smpai m'didih...ttup api
4) Masukkn coklat yg dhiris td ke dlm cream yg dpanaskn...kacau hgga lebur dan campur dua2
5) Masukkn 2 biji kuning telur...satu per satu
6) Pukul hgga sebati
7) Masukkn esen vanilla...kacau
8) Dlm mgkuk yg lain, pukul whipping cream 150ml td hgga gebu
*9) Petua Chef Jo disini - biar whipping cream dlm fridge sblm guna...jd bila dipkl ia akan kembang dan naik dgn cpt
10) Campurkan cream yg dpukul td ke dlm mgkuk cklat td
11) Pukul hgga sebati
12) Masukkan dlm acuan/cawan/bekas yg dikehendaki
13) Letakkan dlm fridge..bkn freezer ye. Letak dlm 4jam> / semalamn
14) Hiaskn ikut kreativiti


Taadaaaaa Siappp! ;)


Resepi atas ni Nur ubahsuai skit tang campurkn susu pekat manis...Chef Jo masukkan gula actly.
Blh rujuk video Masterchef disini utk kuliah masakan beliau.


Sekian, wassalam.

Monday, December 19, 2011

PROGRAM AKAL~

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya entry ni Nur nak post awal2 tp sbb sibuk dgn pelbagai keja (huhu alasan...) + assignment + exam midsem...jd tggu free sikit la baru ceta. Prog ni km adakan utk memenuhi kursus Pembangunan Masyarakat IV. Km buat prog ni dkt sebuah rumah AKAL (Persatuan Orang-orang Kelainan Upaya) di Kampung Bukit Pinang, Alor Setar Kedah. AKAL ini sebuah persatuan utk m'jaga orang kelainan upaya drpd 8 pg hgga 6 ptg...lbh krg mcm sekolah bg mereka la. Sumber kewangan persatuan ini drpd ehsan penduduk kmpg shj. Maklumat lanjut blh layari : http://www.hati.org.my/children/persatuan-membantu-orang-orang-kurang-upaya-akal-negeri-kedah/


Seawal 4.30 pg, Nur dah bangun siap2, smlm da plan siap2 dgn kwn nak gi dgn keta Nur...dlm 5.30 pg b'tolak dari umah. Tup2 dlm 5.25 pg kwn call ckp pegi dgn keta dia plak....huhu oklah asalkn smpai. Lepas letak smua brg2 penting dlm keta...apa lg vroommm. Dlm keta, Nur dgn kwn gaduh xsolat subuh lg, tkut t'lepas plak...jd km singgah RNR Hutan Kampong utk singgah solat. Nasib sempat...hehe. Then,km pegi tunggu kwn lg sorg utk lead km ke rumah AKAL...sbbnya kwn Nur ni da lupa jln ke sana, Nur plak 1st time pegi sana so mmg blurr jln la. Then lps tggu 5 min di dpn msjd Kepala Batas...kwn td tu pn smpai. Km pun ikut dia smpai rumah AKAL...agak terperosok sikit tempat dia, dan jln pun agak sempit..agak 1 masa cuma 1 keta shj blh lalu tp byk rumah sekelilingnya. Tpt 7 pg km dah sampai ke rumah AKAL...yeay! Mmg besar kwsn rumah AKAL ni, luas sgt. Km pn msk memulakan kerja mengemas apa yg patut..sbb 8 pg nak mula upacara perasmian. Km juga ada minta sedikit sponsor utk disumbangkan ke AKAL...km b'jaya m'dapatkan lbh kurang RM 1,500.00 drpd org ramai, syarikat, bank dll sumber. Alhamdulilah...rezeki ALLAH kpd Akal. Bkn tu sj, km pun dpt sponsor cat (warna kuning, merah, hitam n gris)...apa tggu lagik, semua yg kempunan nak mengecat dptlah mengecat. Nur lah org pertama seronok bila dpt tau nak mngecat ni...huhu bes2 dpt release tensen cat2...kaler2...conteng2 dgn kengkawan plak tu..mmg besttt! Akhir sekali..km bg cenderahati dkt penginap AKAL yg juga dtg hari t'sebut...bg hadiah baru sonok hati depa na. Lepas b'puas ati dgn aktiviti km utk mengecat n m'bersihkan rumah AKAL. Km pn balik la...umah msg2, agak dlm 7 ptg Nur slmt smpai ;) tp part yg bes sekali...sblm rumah AKAL dicat, kwn2 ambil gmbr tp selepas cat xde sekeping gmbr pun...sbb msg2 da letih snapp2 gmbr. Huhuh... Bwh ni Nur ada la amik gmbr2 rumah AKAL n akt km di sana....kamera kwn, dia upload fb, Nur pun sibuk save utk kenangan. Jom layannnnn.....

 Bhgn atas bumbung rumah AKAL


 Bhgn dlm...

 Bhgn tepi rumah




 Bhgn blkg rumah

Ni kwn tgh cuci dulu sblm start mengecat

 Akt mengecat!!!! yg dtggu2 ;) 

 Otw2...cat xabih lgik ni ;)

 Sblm perasmian...dgr kata2 akhir dlu


 Yuhuuu cat jgn x cat 


 Antara penginap AKAL yg hadir








 Cute ;)



 1st time kwn susun meja VVIP...gud job!

 Geng bas skolah...hehe bkn2 geng dapur (biro mknn)















 Sempat lgik 


Time ni mmg tgn penuh cat...kwn ajak snap, tggu2? x...

Kan dah ckp...xde gmbr slps cat...huhu sedih. Lani km b'tungkus lumus menyiapkan laporan akhir Prog amal ni utk submit ke UUM...bg dpt kredit. Okies...zass. Wassalam.

Sunday, December 4, 2011

~MasakanKu Part 1~ Pizzaria

Assalamualaikum.
Minggu lepas, time shopping brg2 rumah teringat Nur ada gi roti pizza kat rumah.
Tak buat2 lagik pizzanya...jadi apa tunggu, redah jer beli sekali bahan2 topping dia.
Yuhuu pizza mode on! Jom pakat2 amik resepi buat roti pizza and topping dia...leh sama2 try ada masa free nnt... ;)

Untuk roti piza...sama ada nak beli readymade yg dibekukan / nak buat sendiri pun boleh jer
Kalau nak buat...lembut lagik kot...ni resepi dia.

Bahan :
500 tepung gandum...........]
1 paket yeast mauripan........] gaul rata
1 s/k gula..........................]
1 s/k garam........................]
1 s/b majerin/spry
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

cara:

1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kpd beberapa ketulan.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendakki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.

Nur amik resepi kak fiezza ye.... ;)
Topping dia pula, Nur dah ubah sikit bg jd mudah sbb org yg nak buat pemalas skit (skit je)...hehe

TOPPING PIZZA




bahan :                                                                
1 bawang besar dicincang
3 sosej - di rebus dan dipotong nipis (boleh juga nak goreng)
1 biji capsicum hijau - dipotong sederhana kecil
1 keping nenas - dipotong sederhana kecil
1 cawan cendawan butang - dipotong nipis
1 cawan kacang merah direbus dalam sos - kalau tak suka tak perlu
100 gm parutan keju mozzarella
1 cawan cili sos
1 cawan tomato sos
1 cawan mayonis

Cara:
1. Sapukan sos totato di atas roti pizza.
2. Sapukan mayonis pula atas layer sos tomato tadi.
3. Letakkan bawang cincang, capsicum hijau, cendawan butang, nenas, sosej, kacang merah rebus.
4. Calitkan sos cili di atas bahan2 tadi.
5. Taburkan keju mozzarella di atas.
6. Letakkan di dalam oven. Nur bakar 20 minit. 150 celcius.
7. Taadaaaa siap... ;)


Pic ni lepas dah potong...xpe atleast ada pic ye. ;)
okies...

Friday, November 25, 2011

1433 Hijrah ~ Indahnya permulaan muharram


Rasa sekejap saja kita dah nak masuk tahun baru hijrah 1433 . Alhamdulilah...Ya Allah.
Bln muharram ni byk kelebihannya, antarany kebaikan b'puasa sunat 10 hari pertama, pengampunan dosa, memberi sedekah, meluaskn p'belanjaan unk keluarga dan lain2. 
Hari yg ke 10 pula ialah hari asyura, sllunya kita akan msk bubur asyura yg mmg sedapp n bg kat saudara-mr, jiran2...tp yg penting puasa ny. 

Antara keistimewaan 10 Muharram :

Allah SWT telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura,

• dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Asyura;
• dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Asyura;
• dan Allah SWT menyelamatkan dari api neraka pada hari Asyura;
• dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura;
• dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Asyura;
• dan Allah SWT memberi taubat kepada Adam pada hari Asyura;
• dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura;
• dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura;
• dan akan terjadi Kiamat pada hari Asyura.
PERISTIWA 10 MUHARRAM
10 Muharram - Dinamakan juga 'Hari Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Bertanya para sahabat: "Wahai Rasulullah! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain?" Jawab Baginda SAW:
1.Allah SWT menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.Allah SWT menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam AS pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam AS ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim AS pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim AS dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail AS dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud AS pada 10 Muharram
13.Dilahirkan Nabi Isa AS pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub AS pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa AS ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam AS pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22.Diselamatkan bahtera Nuh AS daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan pada 10 Muharram
Peristiwa lain
1.Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2.Diangkat Nabi Idris AS ke langit pada 10 Muharram
3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
6.Allah SWT menjadikan 'Arasy.
7.Allah SWT menjadikan alam.
8.Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril.


Sekian~wassalam

Sunday, November 20, 2011

Kenapa monday boring???

Assalam.
huhu...mood btl2 x b'semangat arini. Dah la byk keja nak kena settle arini.
Smga ALLAH m'berikan semangat dan berkati aku supaya dpt m'jlnkan tanggungjwb ku ni.
InsyaALLAH. 
Bila isnin je mesti t'igt yg dulu time bljr lg, isnin ialah hari plg bosan skali, dgn ada p'himpunan, kena b'diri lama...ckgu xmsk kls. Klu tgk blk attendance hari isnin itulh sllu amik cuti/mc. lawak2. cuti seorg xpe gak ni ajak kengkawan semua join cuti skali. Esok tu msk kelas, xtau apa cikgu ajar smlm..hehe. kan susah da..xleh catch up. Tapi yg tulah m'buatkn besnya time sklh...kenangan2. 
Okies, apapun layan pic2 bwh ni mmg kiut miut smua n blh releasekn tensen kita ssma....