Friday, November 25, 2011

1433 Hijrah ~ Indahnya permulaan muharram


Rasa sekejap saja kita dah nak masuk tahun baru hijrah 1433 . Alhamdulilah...Ya Allah.
Bln muharram ni byk kelebihannya, antarany kebaikan b'puasa sunat 10 hari pertama, pengampunan dosa, memberi sedekah, meluaskn p'belanjaan unk keluarga dan lain2. 
Hari yg ke 10 pula ialah hari asyura, sllunya kita akan msk bubur asyura yg mmg sedapp n bg kat saudara-mr, jiran2...tp yg penting puasa ny. 

Antara keistimewaan 10 Muharram :

Allah SWT telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura,

• dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Asyura;
• dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Asyura;
• dan Allah SWT menyelamatkan dari api neraka pada hari Asyura;
• dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura;
• dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Asyura;
• dan Allah SWT memberi taubat kepada Adam pada hari Asyura;
• dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura;
• dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura;
• dan akan terjadi Kiamat pada hari Asyura.
PERISTIWA 10 MUHARRAM
10 Muharram - Dinamakan juga 'Hari Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Bertanya para sahabat: "Wahai Rasulullah! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain?" Jawab Baginda SAW:
1.Allah SWT menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
2.Allah SWT menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
6.Diciptakan Nabi Adam AS pada 10 Muharram
7.Dimasukkan Nabi Adam AS ke dalam syurga pada 10 Muharram
8.Dilahirkan Nabi Ibrahim AS pada 10 Muharram
9.Diselamatkan Nabi Ibrahim AS dari api Namrud pada 10 Muharram
10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail AS dari sembelihan pada 10 Muharram
11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud AS pada 10 Muharram
13.Dilahirkan Nabi Isa AS pada 10 Muharram
14.Dikeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub AS pada 10 Muharram
16.Diangkat Nabi Isa AS ke langit pada 10 Muharram
17.Diterima taubat Nabi Adam AS pada 10 Muharram
18.Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS
19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22.Diselamatkan bahtera Nuh AS daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan pada 10 Muharram
Peristiwa lain
1.Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
2.Diangkat Nabi Idris AS ke langit pada 10 Muharram
3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
6.Allah SWT menjadikan 'Arasy.
7.Allah SWT menjadikan alam.
8.Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril.


Sekian~wassalam

Sunday, November 20, 2011

Kenapa monday boring???

Assalam.
huhu...mood btl2 x b'semangat arini. Dah la byk keja nak kena settle arini.
Smga ALLAH m'berikan semangat dan berkati aku supaya dpt m'jlnkan tanggungjwb ku ni.
InsyaALLAH. 
Bila isnin je mesti t'igt yg dulu time bljr lg, isnin ialah hari plg bosan skali, dgn ada p'himpunan, kena b'diri lama...ckgu xmsk kls. Klu tgk blk attendance hari isnin itulh sllu amik cuti/mc. lawak2. cuti seorg xpe gak ni ajak kengkawan semua join cuti skali. Esok tu msk kelas, xtau apa cikgu ajar smlm..hehe. kan susah da..xleh catch up. Tapi yg tulah m'buatkn besnya time sklh...kenangan2. 
Okies, apapun layan pic2 bwh ni mmg kiut miut smua n blh releasekn tensen kita ssma....




























Tuesday, November 15, 2011

~Lelaki Kacak~

    Hadis yang Menarik Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.' Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.' Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je.. Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga. Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan. Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke . Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

Hikmah bertudung

Share2...artikel yg btl2 b'guna. ;)




-------------------------------------------------------------------------------------------




Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seorang gadis yang baru   
    menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.   Ketika usianya   
    mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. 
    
Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar   
    khususnya buat kaum hawa.. 
    
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.  Situasi ini menyebabkan ibu   
    tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran.   Bagi mengelakkan pergaulan   
    yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung.  Permintaan ibu itu ditolaknya   
    sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.   Pernah pada   
    suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran   
    kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak   
    pakai tudung.   Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar   
    dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.   Ani ni, walaupun tak pakai   
    tudung, tak pernah buat macam tu!" 

    
Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik.   Kadang kala saya terlihat ibu   
    menangis di akhir malam.   Dalam qiamullailnya.   Terdengar lirik doanya "Ya Allah, kenalkan   
    annisa dengan hukumMu". 
    
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.  Sebuah keluarga yang   
    mempunyai enam orang anak yang masih kecil.   Suaminya bernama Abu khoiri, (nama   
    sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan).   Saya mengenalinya sewaktu di masjid. 
    
Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus   
    mengenai isteri 
    
Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan   
    tuli. 
    
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.   Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke   
    orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" 
    
Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".   
    Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu   
    Khoiri. 

    
Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak   
    berlaku pada wajah adik.   Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat   
    lesi...... entah apa yang dah berlaku? 
    
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung.  tudung yang labuh.   Adik   
    pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu... saya sendiri jadi bingung.. bingung campur   
    syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.. ya, saya katakan   
    ajaib kerana dia berubah seratus peratus!   Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman   
    wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu   
    arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli   
    majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.. tak ketinggalan   
    tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya.. dan yang lebih menakjubkan lagi, bila   
    kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..   Segala puji bagi Engkau wahai   
    Allah, jerit hati saya.. 
    
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu   
    perusahaan minyak CALTEX.   Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar   
    bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di   
    Madiun).   Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi   
    kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.   Ketika saya sampai di rumah.. di 
     depan pintu sudah ramai orang.. hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari   
    masuk ke dalam rumah.. saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas   
    memeluknya........ dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan   
    kalimat Syahadah di akhir hidupnya".. air mata ini tak dapat ditahan lagi...   Setelah selesai   
    upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik.  Saya lihat di atas   
    mejanya terletak sebuah diari.   Diari yang selalu adik tulis.   Diari tempat adik menghabiskan   
    waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.   Kemudian diari itu saya buka sehelai demi   
    sehelai... hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang   
    selalu timbul di hati ini..   Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu   
    Khoiri.. di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

 
    
Butirannya seperti ini: 
  
    
Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata) 
    
Annisa : aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah   
                mak cik sangat muda dan cantik" 
    
Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati 
    
Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik 
    
Isteri jiranku : Subhanallah.. sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT.   Dan bila Allah   
                        SWT berkehendak.. siapakah yang boleh menolaknya? 
    
Annisa : Mak Cik.. selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung.. tapi saya   
                selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung   
                asalkan saya berkelakuan baik.   Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung   
                tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai.. sampaikan saya tak pernah rasa   
                nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana? 
    
Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini   
                        perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh   
                        kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung   
                        jawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk   
                        wanita .. 
    
Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.. 
    
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri   
                        yang harus kita fahami 
    
Annisa : apakah hakikat tudung? 

    
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari   
                        memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari   
                        mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah   
                        dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara   
                        yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi   
                        hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan   
                        kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari   
                        melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang   
                        mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari   
                        sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu   
                        pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung 
    
Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya   
                mampu pakai tudung.   Tapi, macam mana saya nak buat semua tu? 
    
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang   
                        datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri   
                        rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan   
                        'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. 
    
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan.. ketika   
    ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran   
    dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang   
    panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala   
    kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak   
    mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu   
    sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih   
    berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan   
    yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada   
    yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang   
    banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada   
    yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti   
    haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu   
    Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.   Hingga   
    ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara   
    hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.   Hari itulah dipanggil hari Hisab..   Duhai Annisa, bila   
    kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan   
    menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat,   
    Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT. 
    
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat   
    banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..  Subhanallah.   Saya selak   
    halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil di bawah tulisan itu "buta, tuli dan   
    bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah   
    mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah   
    berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia" 
    
Tak tahan airmata ini pun jatuh ...   semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin 

    
Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.   
  
  
    Wassalam...